Thursday, August 14, 2008
Sekuriti segala ancaman
KASPERSKY Internet Security 2009 melindungi data yang dipindahkan menerusi sambungan keselamatan dan pelbagai kemudahan lain
KASPERSKY Lab, pembangun solusi antivirus dari Rusia telah mengumumkan produk generasi barunya, Kaspersky Internet Security 2009 di negara ini baru-baru ini. Direka untuk memelihara pengguna komputer daripada segala jenis ancaman sekuriti, ia menggabungkan enjin antivirus terbaru dengan imbasan kelajuan yang diperbaik.
Jutaan pengguna di seluruh dunia masa ini menggunakan versi 7.0 yang dilancarkan pada musim panas yang lalu. Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang dapat menikmati solusi terbaru ini.
Kaspersky Internet Security 2009 mencegah sistem daripada dijangkiti, dengan menyediakan sekuriti yang jauh lebih efektif.
Produk tahun 2009 ini, mencipta persekitaran yang selamat buat komputer peribadi (PC) dengan memantau kesemua program pada sistem, kesemua potensi serangan vektor, termasuk sambungan Wi-Fi yang tidak dipelihara, laman web yang dijangkiti secara berterusan. Begitu juga pemantauan terhadap trafik MSN dan ICQ.
Ciri New Security Analysis and Browser Setting membolehkan pengimbasan sistem operasi dan aplikasi-aplikasi dan menyediakan pilihan untuk menyerlahkan sekuriti sistem serta mengurangkan program-program berbahaya menembusi komputer.
Bukan sekadar teknologi terkininya dalam program antivirus, Kaspersky turut memperlengkap produk terbarunya ini dengan fungsi keselamatan data peribadi pengguna. Kaspersky Internet Security 2009 merupakan perisian antivirus pertama seumpamanya yang dilengkapi dengan sistem yang dinamakan virtual keyboard. Virtual Keyboard mencegah kecurian kata laluan yang penting dan maklumat log in pengguna.
Tanpa keupayaan virtual keyboard, apa sahaja makluman yang anda key in pada papan kekunci berhubung satu transaksi belian atau bayaran dalam talian sebenarnya masih boleh dibaca oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Justeru, mengguna pakai sistem virtual keyboard dapat melindungi kata laluan anda daripada dibaca dan menyelamatkan anda daripada penipuan dan kecurian.
Secara umumnya, Kaspersky Internet Security 2009 melindungi data yang dipindahkan menerusi sambungan keselamatan (HTTPS, SSL) dan boleh membuang apa sahaja jejak aktiviti Internet pengguna seperti fail-fail sementara dan cookies.
Menerusi panduan warna, pengguna boleh mengetahui sama ada PC mereka dalam keadaan selamat atau berisiko. Warna hijau menandakan selamat, warna kuning separa serangan dan warna merah amat berbahaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment