Bismilahirohmanirohim
Hadis riwayat Ibni Abbas :"Sesiapa yang puasa pada hari akhir bulan
Zulhijjah dan awal bulan Muharram,nescaya Allah ampunkan segala dosanya
walau selama lima puluh tahun melakukannya"Jelasnya lagi : Siapa yang
membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat
memeliharanya pada tahun itu.Doanya ialah :Wahai Allahku, Engkaulah
selamanya tidak didahului oleh tiada dan pada tahun baru ini hamba
bermohon kepada Engkau semoga terpelihara daripada syaitan danpemerintah
syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau iaitu peliharakan hamba
daripada nafsu amarah dan jahat yang membimbangkan hamba akan
perkara-perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang mulia.
Maksud hadis yang lain :Siapa yang puasa pada hari Jumaat pertama bulan
Muharam, nescaya diampunkan Allah segala dosanya yang lalu.Siapa yang puasa
tiga hari berturut-turut dalam bulan Muharam iaitu hari Khamis,Jumaatdan
Sabtu, nescaya Allah memberi pahala seperti beribadat selama sembilan ratus
tahun.
Ya ALLAH
Dengan berkat NabiMU
Luruskanlah hatiku
Agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku
Agar aku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku
Agar aku tidak tergugat dengan ujian yang menimpa.
Ya ALLAH
Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku
Agar mazmummahku tidak merosakkan
Agamaku dan juga tidak merosakkan
Kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati
Kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tidak berubah
Supaya aku sentiasa tabah
Tuhan..........
Engkau rasakanlah hatiku
Sentiasa bersamaMU
Supaya aku rasa
Ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku
Aku merasa malu
Melanggar perintah dan sentiasa siap siaga
Menunaikan perintahMU
Ya ALLAH
Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku
Agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat
Dan tidak hasad
Dan tidak berdendam sesama manusia
Tuhan.........
Limpahkanlah ke dalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati
Dan menyulUh kehidupanku
Supaya lahir batinku menjadi taat
Tuhan........
Aku harap ENGKAU kabulkanlah doaku ini....
Doa Akhir tahun :
Dibaca 3x pada akhir waktu asar sebelum masuk maghrib pada
akhir bulan Zulhijjah.
Segala puji bagi ALLAH , Tuhan yang memelihara dan
mentadbirsekelian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan
kami Nabi Muhammad saw serta keluarga baginda dan para
sahabatnya.
Ya ALLAH ,
Sesungguhnya pada tahun ini aku telah
melakukanlaranganMu tetapi aku masih belum bertaubat,
sedangkan ENGKAU tidak redha dan tidak melupai pekara
itu.Engkau telah menangguhkan azabMU yangtelah ditetapkan
kepadaku.Engkau telah memerintahkan supaya aku
bertaubatdaripada kesalahan itu.Sesungguhnya pada hari ini
aku memohon keampunandari ENGKAU, ampunilah aku dan apa
yang telah aku lakukan pada tahun ini yang ENGKAU tidak
redhai dan ENGKAU janjikan pahala maka aku memohon
daripadaMU.
Ya ALLAH , Ya Zal Jalali Wal Iqram,
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
saw dan keatas keluarga serta para sahabatnya.Segala puji
hanya bagiALLAH yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.
Amin
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment