
ORANG ramai disajikan dengan pameran cuaca bercorak interaktif
BERMULA Julai lalu hingga April 2009, Muzium Deutsche Hygiene-Museum di Dresden, Jerman menganjurkan pameran yang dinamakan Cuaca, Iklim dan Manusia Dua Darjah. Pameran interaktif cuaca itu menggabungkan instalasi media dan elemen interaktif.
Elemen interaktif itu datangnya daripada objek-objek daripada sejarah alam semula jadi dan budaya, seni dan sains. Objek-objek tersebut membantu pemahaman fenomena lebih baik.
Para pengunjung bukan sahaja dapat melihat apa yang menyebabkan cuaca dan bagaimana iklim berubah, tetapi turut dapat mendalami kajian-kajian cuaca dahulu dan sekarang dari pelbagai perspektif saintifik.

MEMAHAMI kejadian hujan dengan lebih baik
No comments:
Post a Comment