Monday, August 11, 2008

Khalid Ibrahim Cadang UiTM 10% Bukan Bumiputera



(Gambar 1: Apakah ada satu perjanjian antara Khalid dan Teresa Kok untuk membolehkah 10% bukan bumiputera masuk dalam UiTM?). Pada 9 Ogos 2008, Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing. Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar UiTM. Khalid menyatakan ianya wajar dan tepat untuk melahirkan warga UiTM yang lebih berdaya saing.


Khalid Ibrahim Cadang UiTM 10% Bukan Bumiputera

(Gambar 2: Ronnie Liu (Exco DAP Kerajaan Selangor) sedang merayu sesuatu kepada Khalid. Apakah Khalid mudah tunduk dengan rayuan DAP? Jika begitu siapa jadi MB sebenarnya?). ''UiTM perlu bersikap global dalam usaha untuk menentukan siswazahnya lebih mesra dan serasi dengan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa agar dapat bersaing secara sihat," kata Khalid Ibrahim selepas menyertai 'Fun Walk' anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 9 Ogos 2008.

Selepas meluluskan RM100 juta untuk membina rumah banglo dan teres En B di Sepang. Selepas Xavier mencadangkan pembinaan rumah ibadat bukan Islam melebihi 0.4 hektar dan melebihi 10,000 kaki persegi. Selepas Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan boleh menggunakan kalimah “Allah” dalam gereja Katholik.

Kini Khalid mencadangkan pula UiTM dibuka 10% kepada bukan bumiputera. Adakah cadangan Khalid ini lebih berbentuk gula gula politik untuk menarik sokongan orang orang bukan bumiputera? Tidak sampai setahun berkuasa, sudah bermacam macam perkara yang menghakis kepentingan bangsa dan agama dilakukan oleh PKR. Sebelum habis penggal pemerintahan, entah apa lagi akan dicadangkan nanti.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


Ulasan aku...bab nie aku tak setuju dengan pendapat MB Khalid. Biarlah UITM untuk kaum Bumiputera. Kita masih memerlukan UITM dan MARA untuk membantu orang Melayu. Kaum Bumiputera adalah termasuk semua kaum dari Sabah, Sarawak, Orang Asli juga Kaum Siam terutama di Kedah dan Perlis.

No comments: