Tuesday, August 26, 2008

Pilihan Pengundi Parlimen Permatang Pauh





Pengundi telah bersuara siapa yang mereka mahukan, mereka lebih tahu siapa yang mereka mahukan. Kita berharap yang terpilih akan memikul tanggungjawap untuk kawasan Parlimennya. Kalau salah kita tegur cuba betulkan apa yang salah. Yang tak terpilih kaji semula, kenapa anda masih tidak diterima di sana. Kita dah dengar macam-macam semasa kempen, umpat mengumpat, tohmahan, fitnah menjadi permainan pemimpin yang membantu calon2 bertanding.

Eloklah kita renung semula kesilapan kita, andai tersalah cakap, terfitnah dan seangkatannya sama2lah kita bermaafan. Fitnah tu berdosa tapi kita letak ketepi atas alasan untuk memancing undi, rasuah itu haram, kita halalkan demi jawatan. Islam letak ketepi, hukum hakam kita lupa. Mahkamah belum buat keputusan kita dah canang itu ini. Biar lepas di dunia, mahkamah Allah takkan lepas. Kita yang tak tahu kebenaran jangan turut terlibat menghukum itu ini.

Sebagai persedian menyambut Ramadan, sama-samalah kita bermuhasabah, tingkat kan amalan, eratkan persaudaraan sesama Islam. Assalamualaikum....

No comments: