Monday, August 11, 2008

Demonstrasi Anti-Malayan Union



Berikut merupakan gambar dari buku teks sejarah tingkatan 3 yang menunjukkan demonstrasi anti-Malayan Union pada penghujung tahun 1945.



Ada sesiapa yang tahu sejarah di sebalik perarakan dalam gambar ni? Sepanduk tulisan jawi dalam gambar tu tertulis slogan "Raja Dan Rakyat Patut Bersatu, UMNO Setapak, Kuala Lumpur".



Lawatan Capt. Gammans Dan Lt. Col. Rees Williams

Di dalam bulan Mei tahun 1946, apabila tibalah masanya dua orang ahli Parlimen British iaitu Capt. L.D. Gammans (dari Parti Conservative) dan Lt. Col. Rees Williams (dari Parti Labour), melawat ke Tanah Melayu atas jemputan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menyaksikan keadaan sebenar yang sedang berlaku di dalam kebangkitan bangsa Melayu menentang Malayan Union, ketika itu, orang-orang Melayu di mana negeri di Seluruh Tanah Melayu yang dilawati oleh kedua-dua ahli Parlimen British itu, telah keluar dengan ramainya dengan mengadakan perarakan-perarakan dan perhimpunan-perhimpunan raksasa tunjuk perasaan dengan cara masing-masing di tiap-tiap negeri itu.

Di Johor

Berpuluh ribu manusia telah berhimpun di halaman Istana Besar Johor Bahru (lihat gambar di atas) iaitu tempat pertama dilawati oleh Capt. Gammans - iaitu satu bantahan terhadap keadaan "roh dan semangat Raja-raja Melayu dan rakyat telah diceraikan daripada mereka".



Berikut merupakan petikan dari akhbar The Malay Mail bertarikh 27 Mei 1946.

MOVEMENT AGAINST MALAYAN UNION
What Capt. Gammans Saw On Way To Kuala Lumpur

" I have had an amazing journey up from Singapore. At every kampong from Johore Bahru to Kuala Lumpur large crowds of Malays, men, women and children, have lined the roads protesting most vigorously against the Malayan Union proposals," declared Capt. L. D. Gammans, M.P., who is on unofficial visit to Malaya, to a Press conference in the Union capital yesterday.

Capt. Gammans continued: "In some towns such as Batu Pahat and Muar there have been mass demonstrations running into thousands of people. And what has interested me the most is to find that Malay women, who in my day took no part in public affairs at all, making speeches."


Sumber: Buku Sejarah Perjuangan UMNO, Ibrahim Mahmood, Penerbitan Pustaka Antara, 1981 dan akhbar The Malay Mail, 27 Mei 1946.





Di Perak

Pada 28 haribulan Mei tahun 1946, kedua-dua Ahli Parlimen British itu pun sampai ke Kuala Kangsar.

Di sinilah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah mengadakan perhimpunan raksasa orang-orang Melayu yang terbesar sekali di hadapan Keptan Gammans dan Lt. Col. Rees Williams ahli-ahli Parlimen British itu.

Perhimpunan ini telah diadakan di sebuah padang besar di bandar itu. Orang-orang Melayu dari seluruh negeri Perak, lelaki dan perempuan, tua muda dan kanak-kanak telah berkumpul berpuluh ribu banyaknya di dalam perhimpunan raksasa itu.


Sumber: Buku Sejarah Perjuangan UMNO, Ibrahim Mahmood, Penerbitan Pustaka Antara, 1981

Dicatat oleh Fahmi Reza di 11:10 PM

No comments: