Monday, August 11, 2008

Pandangan

Perlembagaan dah termaktub Islam agama bagi persekutuan, bukan agama RASMI persekutuan tetapi agama BAGI persekutuan. Bermakna Malaysia ni memang negara Islam.

Yang mengatakan 'kepimpinan melalui teladan',jangan nak pemimpin besar je nak jadi teladan. Kita2 ni semua yang akal fikiran matang, sendiri boleh jadi role model untuk anak2 ke?

Kita muhasabah diri, tiada siapa yang sempurna zaman ni. Memang ada yang inginkan hukum Islam dilaksanakan di Malaysia tapi fahamkah DAP harbi mengenai hukum Islam? Malah MCA pun masih tak faham. Malah Majlis Peguam nak mempersoalkan Artikel 121(1A) mengenai kuasa mahkamah syariah yang lebih tinggi dari mahkamah tinggi.

Bagi yang ingin hukum Islam dijalankan di Malaysia, Artikel 121(1A) itu dah memartabatkan pemerintahan Islam di Malaysia ini kerana apa2 kes yang berkaitan Islam dijalankan di Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah di bawah kerajaan negeri.

Sepatutnya Kelantan dah boleh melaksanakan Hudud sejak mereka memerintah lagi. Dan mengapa Kedah juga belum melaksanakannya lagi? Bukankah hukum Hudud manifesto PAS yang sekian lama dijalankan? Bukan untuk menyalahkan PAS tapi hakikatnya adalah pemahaman.

Kita orang Melayu Islam pun masih bertelagah mengenai hal Hudud ini, bermakna masih tak paham2 la. Anda kena faham, beli buku perlembagaan persekutuan RM10 je, baca.

Malaysia tak pernah nak lari dari ke arah melaksanakan hukum Allah. Seperti juga solat ada syaratnya e.g wuduk,niat etc...dan nak laksanakan hudud pun syarat kene kasi orang Islam sendiri betul2 faham dan kafir2 pun paham. Kalau tak faham jadi kacau bilau.

DAP terang2 tolak impian PAS untuk tubuhkan negara Islam ikut acuan mereka. Maka bolehkah nak laksanakan hukum Allah? Kuasa pada PAS mana ada? Kedah dan Kelantan je?

Di dalam Parlimen? Sepatutnya ulama2 dalam PAS menjadi penasihat kepada umara2 sekarang. Itu impian saya, kerana mereka jika betul2 nak bawa ajaran Islam, bukan buat ceramah hentam itu ini. Kalu bagi nasihat kat umara2 sekarang, nasihat depan muka dan kalu elok pedas, mesti boleh.

Kena sabar dan berterusanlah, bukan berterusan bersama DAP harbi. Saya cukup sayu dan sedih saudara seagama saya dikudakan kafir harbi DAP.

Apa salahnya bersatu Melayu Islam, sama2 mengaku kesalahan lampau, sama2 bermaafan, bukankah itu yang Islam ajar, kuatkan Parlimen dengan Melayu Islam, ulama2 membantu umara2 dalam melaksanakan pemahaman Islam kepada rakyat Malaysia yang bukan Islam.

Seterusnya peringkat demi peringkat melaksanakan hukum Allah dan gubal Perlembagaan yang mana belum menepati kehendak agama. Kan cantik kalau begitu. Kalau...tetapi tetap saya doa ia jadi realiti.

No comments: