Berikutan kenaikan harga minyak, kerajaan telah memperkenalkan empat cara untuk mengurangkan beban rakyat:
1. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
2. Mempercepatkan bayaran tunai kepada pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan
3. Kuota kemudahan kad fleet yang lebih tinggi untuk pengusaha pengangkutan
4. Menambah baik jaringan jaminan sosial
Masih ingat dengan seruan 'ubah gaya hidup'?
Nah, inilah yang cuba ditonjolkan kerajaan - kepimpinan melalui teladan. Sila lihat arahan PM untuk perubahan gaya hidup kerajaan:
Tidak membenarkan penyusunan semula organisasi kementerian, jabatan atau badan berkanun kecuali yang tidak melibatkan pewujudan jawatan baru;
Pengurangan elaun keraian menteri Kabinet sebanyak 10 peratus;
Perjalanan menteri dan pegawai kerajaan ke luar negara dikaji semula, hanya melibatkan persidangan atau mesyuarat antarabangsa yang penting dengan jumlah pegawai yang terhad;
Penggunaan kemudahan hotel hanya untuk persidangan antarabangsa dan semua kursus, latihan dan bengkel anjuran kementerian untuk anggotanya hendaklah dihadkan dan menggunakan kemudahan sedia ada;
Sewa ruang pejabat baru, perpindahan pejabat ke bangunan lain dan ubah suai pejabat sedia ada tidak lagi dibenarkan;
Pembelian aset seperti kereta dan kelengkapan pejabat dikurang atau ditangguhkan terutama yang belum dimuktamadkan;
Pengurangan penganjuran majlis keraian seperti pembukaan pejabat, persidangan dan mesyuarat. Jika dianjur, ia mesti dilakukan secara sederhana; dan
Anggaran perbelanjaan mengurus 2008 dikaji semula termasuk pemotongan 10 peratus ke atas Objek Am 20000 (Perkhidmatan dan Bekalan) dan Objek Am 30000 (Aset).
Dikhabarkan, RM2 bilion setahun (untuk perbelanjaan awam) berjaya dijimatkan dengan gaya hidup baru ini. Teruk sangatkah perbelanjaan boros sebelum ini?
Oleh Hamdi Hanapi
Tuesday, August 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment