Thursday, August 14, 2008

Gelas kontur Olimpik


JANGAN lepaskan peluang mendapatkan gelas edisi terhad ini.

Ketika bahang Sukan Olimpik 2008 semakin melonjak, jenama minuman ringan dan peruncit makanan terkemuka dunia, Coca-Cola dan McDonald's melancarkan gelas kontur Coca-Cola Beijing 2008 edisi terhad.

Gelas Kontor Coca-Cola Beijing 2008 edisi terhad ini boleh diperoleh di semua restoran McDonald's di seluruh negara.

Apa syaratnya? Anda perlu membeli dan menikmati menu terbaru McDonald's yang dikenali sebagai Gold Medal Meal bermula sejak 24 Julai lalu sehingga 31 Ogos.

Selain Malaysia, penggemar makanan segera dan minuman ringan ini daripada 10 buah negara lain juga turut berpeluang memperoleh ikon edisi terhad berharga itu melalui kolaborasi seacra eksklusif antara Coca-Cola dan McDonald's.

Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar berkata, sebagai rakan kongsi Olimpik Sedunia, McDonald's menyatukan orang ramai untuk meraikan semangat kemenangan Sukan Olimpik di restoran tersebut melalui cara yang menyeronokkan, relevan dan inovatif.

"Dua jenama kegemaran dunia Coca-Cola dan McDonald's bekerjasama buat rakyat Malaysia untuk menawarkan satu lagi kempen berupa Olimpik.

"Sajian istimewa yang ditawarkan pada harga RM14.65 ini didatangkan bersama burger kegemaran McDonald Classic iaitu Spicy Chicken McDeluxe yang diperbuat daripada daging ayam sepenuhnya," katanya kepada Kosmo! pada majlis pelancaran gelas kontur Coca-Cola Beijing 2008 di Restoran Pandu Lalu McDonald, Bandar Utama, baru-baru ini.

Azmir memberitahu, orang ramai juga diberi pilihan sama ada ingin menikmati Onion Rings yang diperbuat daripada bawang Sepanyol yang manis atau kentang goreng besar sebagai pilihan tambahan. Mereka turut boleh memperoleh minuman karbonat bersaiz sederhana dalam set tersebut.

Maskot Fuwa turut dijual dan boleh didapati dalam lima rekaan. Setiap satu diberi dengan Happy Meal mulai 31 Julai hingga 27 Ogos ini. - JAGATHESWARY

No comments: