Aku masuk form 1 tahun 1988 zaman pak Kasim, time tu Stuart Library jadi kelas untuk 1A1 dan 1A2. Masa tu form 1 saja ada 10 kelas, 5 kelas Art, 5 kelas Commerce. Kalau kelas A4, A5 semua budak sukan, anak datuk semua dok kelas commerce. Kalau kelas art apa kelas setakat pegang hammer maklum la blaja seni perusahaan. Tahun ni rumah Kedah juara Sukan Tahunan. Aku rumah Kedah laa..hehehe…
Form 2 1989, kelas aku slalu gak dapat kelas terbersih/cantik so akan umum kat perhimpunan so dapat la langganan paper seminggu. Cikgu BM aku cikgu Saferi Rejab, kalau tak bawa buku BM yang tebai macam kamus tu kena lari 1 bangunan la hukumannya.
Form 3 1990 amik SRP, Cikgu BI Moley Ooi, geng aku nizam titi gajah, sathik ali (anak tokey mee abu), zaki halim (aloq malai). Penah skali ada tinju kat TV, Mike Tyson lawan sapa ntah..separuh kelas hilang pi kantin tengok tinju. Masa ni City point baru ada, Hankyu Jaya, Marry brown.
Form 4 1991 lepas SRP Haneymoon ler, Cikgu Chin ajar Add. Math..memang serius tapi kadang buat lawak gak, homework dia semua pakat tiru saja. Esoknya dia Tanya ada soalan, kami Tanya semua soalan kemarin balik kat dia…so ayat dia bila tengok homework kami oittt..tak buat pun bersih dan suci..(merujuk takde jawapan, salin soalan ja kat buku latihan). Kami penah kunci pintu dari luar kelas kami pastu diam2. Dia pun konfius kelas kami senyap je..bila dia buka pintu kami gelakkan dia….kalau Tanya soalan kat dia “cikgu tolong terang lagi skali”..last2 dia suruh budak kat tepi suis lampu hidupkan lampu sambil jawap..”dah cukup terang kan blum”…Library stuart berpindah balik ke bangunan asal, bangunan tambahan dibina dan disambung skali, so library jadi luas, dekat je dengan dewan makan Hostel B.
Form 5 1992 Tahun ni paling caca marba, kolej dapat peruntukan untuk bina pavilion baru, cat balik semua bangunan kat kolej, dapat walkway ke dewan ngan kantin…Memang bising kontraktor dok ketuk nak runtuhkan pavilion, bau busuk apek tukang cat dok bakar cat lama kat pintu sblm cat baru. Masa tu jugak kami tolong clearkan stor pavilion, bola2 yang reject bole amik bawa balik…best
Time ni Pak Hasan letak slogan kat depan main entrance..”You are now in the one of the most prestigious school in the country”. Bangga siuttt…
Kelas aku pulak sebelah pejabat jer , time spot check payah nak lari,. Time ni aku teringat pak leh, aku penah tukar stoking ngan dia, pasai stoking belang sure kena. So stoking belang kami pakai sorang sebelah, bila check angkat sebelah ja..lepas la….Tak silap aku PM Dato Seri Dr. Mahathir datang masa penyampaian hadiah. Aku ingat lagi…Cikgu Anisah ajar Kimia, cikgu sumarni ajar bio, cikgu ng ajar fizik..Timakasih cikgu temasuk semua cikgu yang lain2. Yang aku tau batch bawah aku viktor, cheah kean seng dan ramai gak geng projek 2000.
Form 6 1993 Aku masuk lower six ja…masa tu Zul Kebai headprefect, kamizan, awie, amir. Aku skelas ngan faezah, panjang, kak g, sam, shukri dll. Masa ni aku dok hostel Sentosa. Slalu kluar malam pi tengok bola kat stadium darulaman. Penah kantoi ngan cikgu Segaran masa makan KFC kat jalan langgar. Cikgu yang berjasa untuk sukan olahraga di kolej.
Wednesday, August 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment