Written by Bidan Polis
Monday, 14 July 2008 01:55
Akhirnya……… Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melaksanakan tanggungjawabnya mengumumkan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan Jun 2010. Tarikh dan waktunya akan ditetapkan kemudian.
Sebelum ini, Abdullah (Pak Lah) telah berkali-kali menyatakan akan menyerahkan tampuk kepimpinan itu kepada Najib tanpa menyebut bilakah ketikanya. Secara rasminya tarikh keramat semalam (10 Julai 2008), Pak Lah telah tunaikan jawapan kepada yang asyik bertanya akan hal itu.
Sayangnya pula adalah petualang batu api yang mempertikaikan kenyataan Pak Lah dengan mengatakan kalau Najib terima kenyataan itu, dia akan mausk perangkap Pak Lah. Petualang batu api itu tidak lain tidak bukan, bekas perdana menteri terkilan, Tun Mahathir Mohamad. Beliaulah penghasut nombor satu yang boleh menghantui fikiran Najib.
Rupa-rupanya hati busuk Mahathir masih busuk juga lagi terhadap Pak Lah dan sekali gus menekan Najib supaya jangan beli kenyataan Pak Lah yang begitu kelihatan ikhlas mahu memberikan kuasa itu kepada Najib. Kalau timbul soalan kenapa lama sangat tempohnya, Mahathir pun buat begitu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dalam pada itu, belang Anwar menyelak tembelang yang cukup dahsyat. Jadi, kesimpulannya, Pak Lah ada jawapan dan caranya sendiri untuk menguji sejauh mana Najib boleh sabar.
Selain itu, mungkin Pak Lah masa yang cukup kepada Najib untuk mengenalpasti petualang lain selain daripada Mahathir. Pak Lah tentu mahukan Najib benar-benar bersedia mengambil tempat duduknya yang sentiasa panas sepertimana yang beliau rasakan sekarang. Tidak ada gunanya bagi Pak Lah kalau Najib diberi kuasa sekarang, dia masih menghadapi macam-macam tekanan yang lebih teruk daripada Pak Lah sendiri hadapi kerana Najib tidak ramai musuh, tetapi musuhnya yang ada jelas depan mata.
Tidak perlu kita berselindung lagi cakap-cakap orang ramai tentang isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang mempunyai satu sikap yang tidak disukai ramai kerana kepura-puraannya, cara dia berjoli di luar negara, campur tangannya dalam urusan rasmi Najib, melibatkan diri dengan kontrak perniagaan di mana suaminya berkuasa, sifat angkuhnya dengan isteri-isteri pembesar negara dan macam-macam lagi cerita buruk yang berlegar di merata tempat.
Dalam pada ramai yang sayang pada Najib, lebih ramai yang benci dengan Rosmah. Perkara ini mungkin betul dan mungkin tidak betul. Tetapi kalau sudah di kalangan pegawai-pegawai semua peringkat dan pangkat di Kementerian Pertahanan sama ada yang sedang bertugas mahupun yang sudah bersara pun menjejeh pasal keburukan Rosmah, nilai saham diri Najib boleh dikatakan sangat terjejas.
Tidak mungkin dalam banyak-banyak keburukan tentang Rosmah itu tidak ada yang benar. Tentu ada. Sedikit sebanyak, Najib tentu sudah tahu apa yang orang umpat pasal isterinya di mana-mana. Adalah mustahil dia tidak tahu langsung. Tetapi bolehkah Najib menegur atau mengubah sikap isterinya? Tidak mungkin boleh kerana Rosmah bukan calang-calang orang. Dia boleh tarik muka tengah orang ramai, dia boleh tinggi suaranya pada Najib kalau tidak menyetujui sesuatu di depan orang lain dan banyak lagi hinggakan kalau hendak disenaraikan, memang terlalu banyak.
Sebagai seorang ibu, terlalu ramai yang tahu Rosmah cukup tak berkenan dengan anaknya dengan bekas suaminya (Aziz) berkahwin dengan Dr Fadzli Yaakub. Punya menyampahnya Rosmah dengan Fadzli dan keluarga, kalau boleh Rosmah tidak akan jejak kakinya ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana ayah Fadzli, Datuk Yaakub menjadi CEOnya. Kalau terpaksa ke PWTC, Rosmah tidak mahu nampak kelibat wajah Datuk Yaakub pun bersama isterinya serta menantunya sekali, Fadzli.
Perkara ini bukan lagi rahsia. Semua orang di bangunan UMNO tahu apa yang berlaku. Malah semasa Fadzli berkahwin dengan anak Rosmah, semua tetamu yang hadir di majlis itu tahu Rosmah tidak pun hadir kononnya terlalu hina anaknya berkahwin dengan Fadzli seorang penyanyi walaupun Fadzli sudah berjaya sebagai seorang usahawan Melayu.
Antara ungkapan pilu kita dengar di majlis perkahwinan anaknya itu ialah "sampai hati Rosmah. Anaknya sendiri kahwin dia tak datang menepung tawar sedangkan di majlis kahwin orang lain Rosmah dengan lagaknya naik ke pelamin menepung tawar anak orang lain". Sebagai seorang ibu, Rosmah telah menonjolkan kepada mata ramai bahawa dia bukan seorang wanita yang mempunyai hati perut dan amat dahyat.
Kredibiliti Najib sebagai suami dan Timbalan Perdana Menteri dan juga anak kepada bekas Perdana Menteri ke dua Malaysia dan dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri pada tahun 2010 amat terjejas dengan pembawakan Rosmah sehingga ada orang kata bahawa Najib sedang menjalani hukuman terhadap apa yang dilakukan ketika menceraikan isteri pertamanya.
Walaupun jodoh di tangan tuhan dan tidak siapa boleh menyangkalnya, tetapi itulah hakikatnya wajah Najib sudah terpalit dengan sikap wanita yang mendampingi beliau hari ini yang bercita-cita terlalu tinggi dan bersikap terlalu tamak dalam semua hal tanpa segan silu dengan pegawai-pegawai angkatan tentera yang berurusan dengannya.
Kita boleh mengubah bukit dari satu tempat ke satu tempat lain. Tetapi kita tidak mudah mengubah sikap manusia yang seolah-olah sudah sebati dalam dirinya. Bagaimanapun Najib kena hadapi realiti ini dan tempoh yang Pak Lah berikan selama dua tahun ini, usahalah mengubah sikap isterinya yang akan bergelar 1st Lady apabila Pak Lah sampai masanya mengumumkan peralihan kuasanya kepada Najib nanti.
Kalau rencana ini dirasakan fitnah atau sengaja diada-adakan, siasatlah atau buatlah soal selidik sama ada dari pihak Najib sendiri atau Rosmah sendiri untuk mengetahui apa orang kata dalam soal selidik itu kerana ia amat penting diketahui sendiri oleh tuan punya badan menyedarinya daripada orang ramai mengetahui akan hal ini.
Satu lagi petualang yang Najib terpaksa hadapi dalam tempoh dua tahun ini ialah strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pastinya tidak akan duduk diam membiarkan peralihan kuasa berjaya dipindahkan ke tangan Najib kerana Anwar ada banyak cara untuk mendedahkan macam-macam perkara lagi mengenai Najib.
Setiap salah lakunya yang lampau akan dicerminkan kepada orang ramai dengan apa cara sekali pun sehingga Najib dilihat sebagai seorang yang nampak cukup baik, pijak semut pun tak mati, tapi mempunyai banyak cerita yang menunggu giliran secara bersiri termasuk cerita Rosmah sekali.
Sebuah buku yang ditulis oleh Syed Al-Haji (nama samara) berjodol 100 Dalil Kenapa Najib Tidak Boleh Jadi PM yang dicetak dan tak sempat diedar kerana penulisnya ditangkap dan sebahagian besar buku itu telah dimusnahkan. Walaupun kedua-dua penulis buku tersebut sudah meninggal dunia, tetapi buku itu ada di tangan ramai orang. Salah seorangnya mungkin Anwar.
Pastinya buku itu cukup menarik kerana penulis buku itu bukan membuatnya secara hentam keromo tetapi dibuat dengan penuh teliti dan penyelidikan yang rapi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment