Monday, August 11, 2008

Kibarkan Jalur Gemilang



Kalau kita ingat pada tahun lepas, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan memberi arahan kepada semua pemilik bangunan di negara ini supaya mengibarkan Jalur Gemilang. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan mereka dihukum - gambar premis akan disiarkan dalam media massa.

Arahan ini keluar sebelum masuk bulan Ogos tahun lalu.

Kalau dulu, ia cukup meriah. Cukup mudah untuk kita temui bendera-bendera Malaysia dipamerkan pada kenderaan sepanjang bulan Ogos.

Allahyarham Sudirman Hj Arshad pernah satu ketika memperagakan sut baju Melayu corak bendera Malaysia. Selepas itu ramai lagi, termasuklah Nasha Aziz. Malah model berkemban kain bendera juga ada!

Tahun ini 2008. Sekarang kita menghampiri separuh bulan Ogos, tetapi amalan mempamerkan bendera Malaysia sebagai tanda menyambut kemerdekaan sudah semakin berkurangan. Orang lebih gemar mengibarkan bendera parti politik kesayangan mereka.

Adakah disebabkan terlalu saratnya Malaysia dengan kejadian-kejadian yang parah, rakyat kita sudah tidak peduli amalan ini? Atau sudah terlupa? Atau mungkin tidak ada signifikannya lagi?

Oleh Hamdi Hanap

No comments: