Friday, August 15, 2008

THE POWER OF TAUGE

THE POWER OF TAUGE

Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering
kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat
sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir
untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge
dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan
wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang
dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup
berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia
juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan
bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang
hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya
berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid
yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser
leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama
dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan
kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang
(osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka
menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang
menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum
kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko
penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang
tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian
mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa
mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang
tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan
kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih
muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu
membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan
air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel
kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat
racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah
pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih
kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi
untuk mengambilnya

No comments: