Sunday, August 24, 2008
Tahniah buat wira-wira Kenari
Alhamdulillah, kita berjaya mempertahankan Piala Malaysia dan mencatat sejarah sebagai pasukan pertama melakukan DOUBLE TREBLE !!! 100 tahun lagi pun tak dapat kita jangka akan ada ulangan pencapaian sehebat ini.
Tahniah buat wira-wira Kenari terutamanya kepada barisan coach yang diketuai oleh Azraai, Radhi dan Ahmad Sobri. KFA, Ustaz Azizan, Dr. Hamdan dll Tidak dilupa jasa Dato' Basri (DAB). Al-Fatihah...
Para pemain, barisan pengurusan, Tuan Syed, barisan pentadbiran KFA.
Sesungguhnya ia satu kejayaan yang cukup manis untuk dikenang dan sudah cukup membuatkan pasukan lain cemburu teramat sangat kepada Kedah.
Rasa cukup meriah setelah kembali dari Stadium Nasional Bukit Jalil tadi. Tahniah semua. Tahniah juga kepada semua penyokong yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi terutamanya warga HKC.
TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH !
TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH !
TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH !
Tiada kata yang dapat diungkapkan bg melahirkan kegembiraan ketika ini. Perit jerih merentas beratus-ratus kilometer perjalanan merentasi lebuhraya utara-selatan terasa hilang saat pengadil meniupkan wisel penamat menandakan satu lagi sejarah telah tercipta buat skuad sang kenari apabila mempertahankan piala ketiga buat tahun kedua berturut-turut. Entah bila lagi kita dapat melihat rekod ini akan dipecahkan. Yang pasti, keangkuhan sang gergasi menjaja 32 kejuaraan piala malaysia mereka dibalas oleh kedah dengan kekalahan dngan angka yang sama. Terasa gementar saat Frank Seator menjaringkan gol, tetapi kembali gembira saat Marlon menyamakan, dan Nelson memberikan gol pendahuluan. Belumpun, sempat penyokong kedah bertenang, dan tamat separuh masa pertama, giliran permata kita Fadly Baharom membuktikan statusnya selaku Pemain Harapan sepertinya yang dimenanginya dalam Nasional Football Awards 100 Plus apabila bijak memperdayakan Sufian utk gol kemenangan Kedah. Terasa gembira, seronok, dan terharu apabila melihat kelibat awang import kita dalam aksi final td. Ketiga-tiga mereka nyata memberikan sepenuh komitmen untuk disajikan buat kali terakhir kepada peminat2 sang kenari. Kelincahan marlon yang berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan selangor dan menyumbang gol pertama, Nelson San Martin menerusi hantaran2 menarik dan mengelirukannya selain menyumbang gol pertama dan menjaringkan gol kedua, dan juga kekentalan Bernard Hugging mengemudi barisan pertahanan, semua itu adalah hadiah paling berharga buat semua penyokong hijau kuning di seluruh pelosok tanah air. Terbukti anda semua adalah pemain import paling berjaya dalam sejarah negeri kedah darul aman. Seluruh peminat kedah sudah seakan-akan lupa dengan nama-nama seperti, Adigun, Jan Janostak, Peter Nieketein, Nascimento, kerana buat masa ini adalah saat untuk merayakan kejuaraan dan menghargai sumbangan anda, selaku nadi kepada pembangunan bolasepak kedah darul aman dan selaku pemain import kedah yang PALING BERJAYA setakat ini.
Jutaan juga terima kasih diucapkan kepada semua pemain-pemain tempatan yang telah beraksi cemerlang pada malam ini. Helmi, Thiru, victor(kapten), Shafizan, Pak long, Badrul, Meen, Fadly, Sabree, Fadliata, barisan pemain simpanan, Dr Allen, pengurus pasukan, jurulatih pasukan (radhi dan mad sobri), ketua jurulatih, Azraai Khor, dan tidak lupa kepada peminat no 1 hijau kuning yang sanggup mencemar duli menyaksikan perlawanan akhir, DYMM Sultan Kedah. Sesungguhnya dengan kehadiran Tuanku berjaya menaikkan semangat para pemain dan pastinya kejayaan ini adalah hadiah paling bermakna untuk sambutan Jubli emas 50 tahun pemerintahan sultan kedah. DAULAT TUANKU!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment