Monday, August 11, 2008

Rakyat Perlu Berjimat Cermat

Hari ini aku duduk sorang-sorang di rumah tiada buat apa-apa kecuali berfikir tentang saranan Perdana Menteri (klik disini) keatas diriku ini sebagai seorang rakyat Malaysia.

Aku memang seorang Rakyat Malaysia yang patuh aku rasa, sudah hampir dua tahun aku tak memiliki apa-apa kenderaan yang memerlukan minyak. Aku memang dah lama mengamalkan berkongsi kereta bersama teman-teman tidak macam sesetengah pak menteri yang anak beranaknya memiliki kereta sorang sebijik. Ada orang tu pergi Tokyo sama-sama, balik daripada Tokyo sama-sama tapi naik kapal terbang lain-lain.

Sudah lama aku tidak membeli belah apatah lagi nak berkunjung ke boutique mewah Mark and Spencer yang terdapat di kota raya. Gedung-gedung mewah ini bukan tempat kami rakyat bawahan, pada kami cukuplah sekadar di pasar malam atau di Jalan Masjid India. Pada aku kalau kita dapat mengubah gaya hidup memang kita akan dapat hidup dengan tenang tanpa ada rasa kegelisahan didalam hati.

Tetapi sabagai Rakyat, kita berpegang kepada kata-kata "Follow The Leader". Kalau pemimpin tu bermewah-mewah Rakyat yang mengikut ni teringin juga nak jadi macam tu, pemimpin harus menunjukkan contoh teladan kepada rakyat. ini tidak, masih lagi nak ikut budaya barat bangga dengan Mercedesnya, bangga dengan Giorgio Armaninya, bangga dengan tali lehernya sedangkan pemakaian tali leher tu tak sesuai pun dengan iklim disini.

Kesusahan yang melanda ini akan menyebabkan manusia menjadi kejam kerana ingin mengekalkan keselesaan yang telah dikecapi sebelum ini. Belajarlah menjadi manusia yang moden dari segi dalamannya tetapi bukan dari segi luarannya. Kepada sang pemimpin sila tunjukkanlah contoh teladan kepada rakyat.

Untuk aku, mungkin aku perlu berubah macam yang ditunjukkan dalam video klip lagu Queen yang telah dicensor ni,


Queen:Bicycle Race


Posted by PANGASIUS at 5:28 PM 2 comments
Kelam Kabut

No comments: