Wednesday, August 27, 2008

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH
LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

Message: 1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat
pendiam & konservatif. Namun dengan
orang-orang tertentu dia cepat mesra.
Tapi pasangan yang lahir tarikh ini
mudah terperasan. Kerana sifatnya itu
menyebabkan ramai orang yang tidak
menyukainya. Namun begitu dia tetap
dikagumi kerana bersikap serius
terutamanya yang berhubung dengan
orang ramai. Dalam hal percintaan, dia
sanggup berhabis semata-mata untuk
memenuhi segala keinginan pasangannya.
Tapi hati-hati kadangkala dia lebih
mementingkan persahabatan daripada
percintaan dan lebih rela memutuskan
cintanya demi sebuah persahabatan yang
telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung.
Sifatnya yang suka menyendiri
membuatkan dia lebih suka tinggal di
rumah. Ramai orang suka bergaul
denganya kerana perwatakannya yang
lembut & ramah. Dia paling benci jika
cintanya ditolak atau dikhianati olih
orang yang benar-benar dicintainya.
Namun begitu dia selalu bersikap sabar
dan tidak terburu- buru dalam
bertindak. Sayangnya untuk urusan masa
depan dia bersikap pesimis sering
mengalah sebelum mencuba.Oleh itu
mesti ada yang mendorongnya agar tidak
terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri
adalah ciri yang khas bagi pasangan
yang lahir pada tarikh ini. Tapi
jangan cuba mempermain-mainkannya, dia
akan mengamuk dengan hebat. Dia
tergolong pasangan yang bijaksana dan
bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah
adalah modal utamanya dalam bergaul.
Tapi dalam soal cinta dia merupakan
pasangan yang susah untuk di
mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini
adalah seorang yang pandai, suka
bergaul dan mudah berubah pendapat.
Dia seringkali tidak yakin dengan diri
sendiri.Dalam soal cinta, dia
tergolong pasangan yang mata keranjang
dan suka bertukar-tukar partner. Sifat
ini membuatkan orang tidak suka apa
lagi untuk bersimpati dengannya. Dia
sering bersifat dingin kepada orang
lain kerana menganggap orang lain
merupakan faktor penyebab timbulnya
masalah. Tapi dia memiliki sifat
kelakar, mudah ketawa dan kadangkala
bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah
seorang yang optimis, bercita-cita
tinggi dan punya kecederungan untuk
berprestasi. Namun begitu dia adalah
seorang yang berwatak keras dan apa
yang diinginkan selalunya
dipenuhi.Memandangkan sesuatu
selalunya dari segi yang
menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka
menganggap remeh pada orang lain.Dalam
soal cinta, berhati-hatilah kerana dia
suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak
mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat
yang membuatkan dia disegani.Dalam
soal cinta dia ingin memberi yang
terbaik kepada orang yang
dicintainya.Namun begitu harga dirinya
terlalu tinggi sehingga dia tidak
pernah mengerti mengapa seseorang itu
menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat
terbuka berterus terang & jujur.Namun
dia mudah sekali terpengaruh dan ingin
mencapai sesuatu itu dengan cara
mudah. Cinta baginya sering diertikan
sebagai pengisi masa lapang. Semasa
bercinta dia sangat berhati-hati dan
suka sekali merayu dan kalau
pasangannya curang dia dengan mudah
meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa.
Kepada teman-teman dia bersifat lembut
& bijaksana. Namun begitu dia tersisih
dari teman- teman kerana rasa rendah
diri yang terlalu menebal. Dia
memerlukan suasana yang seimbang baik
sewaktu berfikir mahupun dalam
kehidupan seharian.Kelemahan yang
paling menonjol ialah gugup dan selalu
dihantui perasaan khuatir tetapi dia
adalah seorang yang penjimat. Dalam
urusan cinta, dia seorang yang tabah
dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang
tinggi dalam usaha mencapai cita-
citanya.Dalam pergaulan sehari-hari
dia merupakan orang yang mudah
tersinggung.Namun begitu dia seorang
yang jujur & tabah dalam menghadapi
persoalan.Soal cinta dia sangat setia
dan sebab itulah dia mudah disenangi.
Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.
Kalau baik dia sangat baik dan kalau
jahat dia merupakan orang yang paling
jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini
memiliki sifat suka dipuji.Dia
berharap setiap orang akan
menganggapnya sebagai juara. Pada
dasarnya dia suka berdandan dan
berpakaian rapi.Kerana itu dia sering
membelanjakan wangnya untuk menunjukan
penampilannya.Dalam kehidupan sehari-
hari dia adalah pasangan yang disegani
kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya
yang bijaksana membuatkan dia disegani
dalam pergaulan.Dalam urusan cinta,
dia adalah pasangan yang sangat susah
untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis
dari pasangan yang lahir pada tarikh
ini.Dia tergolong dalam orang yang
kurang serius, bersikap bodoh dalam
menghadapi sesuatu. Namun begitu dia
selalu bersikap penuh pengertian bila
menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat
benci pada perkara-perkara yang berbau
keributan terutama yang menimbulkan
huru-hara. Dalam hal percintaan dia
menuntut untuk lebih diberi perhatian
tapi dia jarang mengambil berat pada
pasangannya. Namun begitu sikapnya
disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk
dimengertikan. Kadangkala dia disukai
kerana kebaikannya dan kadangkala dia
dibenci kerana perbuatannya.Namun buat
teman-teman dia merupakan orang penuh
pengertian. Dalam pelbagai situasi dia
lebih suka merendahkan diri jarang
sekali mahu menonjolkan kelebihannya
pada orang lain. Pasangan jenis ini
terkenal sebagai perayu dan sebab
itulah dia diberi jolokan seniman
asmara.

No comments: