Tuesday, August 12, 2008

Kisah Klasik : Gila Tertolak…KirYoto-San menyesal tak sudah

Maka tersebutlah kisah di Negara Jepang tinggal sepasang suami & isteri yang dah hampir 10 tahun berkahwin. Sang suami bernama KirYoto-San manakala Siisteri bernama DarulEh-San.

Pada awal2 perkahwinan mereka; DarulEh-San merupakan seorang wanita yang cantik dan mengancam, dan amat disukai KirYoto, tetapi semenjak 2004, KirYoto-San tidak begitu mengambil berat DarulEh-San.

Semenjak itu, terkenallah KirYoto ini seorang suami yang tidak bertanggungjawab. Banyak perkara2 serta keperluan DarulEh-San tidak diendahkan. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga tidak diambil peduli langsung.

Keperluan rumah, makan minum DarulEh-San tidak diendahkan dan diambil kira. Dapur DarulEh-San selalu tidak berasap. Kadang2 bahan keperluan rumah selalu terputus, spt ketiadaan tepung, gula, susu anak tidak boleh dibeli dan sebagainya.

Bekalan air rumah DarulEh-San juga selalu terputus kerana bil tidak berbayar, lalu terpaksalah DarulEh-San mengambil air perigi yang keruh dan kadang2 berbau. Hinggakan pokok2 bunga dibelakang rumah DarulEh-San juga selalu kering, dan banyak pokok mati.

Bukan saja2 pokok pasu tidak berbuah, kekadang KirYoto-San akan mengambil pasu2 kecil yang cantik bersama tanah2 untuk digadai, untuk menambah kantung koceknya. Banyak juga barang2 DarulEh-San diletak dikedai pajak gadai Ah-Lim (tokeh rumah yang disewanya) untuk menambah kantung. Kadang kadang duit ini digunakan untuk melaram dan bergaya didepan orang kampung daerah LongRiver, Jepang. Duit2 ini ada yang dilaburkan atas naman KirYoto-San, maka dengan izin Allah, semakin kayalah si KirYoto-San nie hingga diangkat menjadi ketua kampung LongRiver.

Dimasa lapang, KirYoto-San selalu menghabiskan masa dengan gengnya yang dipanggil Def Bluehyypo atau dikenali oleh orang kampung sebagai Geng Biru SiPekak Badak. Wang yang bertimbun selalu digunakan untuk berjoli dengan Geng Biru SiPekak Badak nie.

Sejak setahun lalu KirYoto-San telah ada hobi baru iaitu bermekap dan menghias muka, hingakan dikatakan bedak hiasan muka dibeli di Negara TanahIre 40,000 km dari Jepang.

Maka kehulu kehilir lah KirYOto-San dengan muka putihnya, melaram kesana kemari, hinggakan DarulEh-San yang compang camping, kurus kering, comot masai, kadang kadang berkemban tidak dihiraukannya. Tersangatlah bongkak si KirYoto-San nie, cakapnya pun kasar mana orang miskin diterajang, kekedang dirobohkan rumahnya.

Banyak imam ditempelak, tidak diberi izin untuk berceramah, malah mana masjid yang dirasakan diluar kawalannya akan dirobohkan saja.

Maka tersangat meranalah siisteri, DarulEh-San; dengan perangai suaminya maka dimintalah fasakh untuk bercerai dari Tok Kadi, Tok Rashid Sembelit. Fasakh telah diminta dari tahun 2004 lagi, oleh kerana Tok Rasid Sembelit ni seorang pembelit, maka usaha tersebut tidak berjaya.

Tetapi dengan izin Allah bercerailah DarulEh-San dengan KirYoto-San pada 8 Mac 2008, dengan campurtangan serta tekanan orang kampung. Setelah bercerai dan habis edah berkahwinlah DarulEh-San dengan seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan gentleman bernama Pak-Atan Raiyat (Campuran Melayu - Cina, berprinsip Islam).

Untuk menutup pekung, dan kemaluan KirYoto, sebelum keluar rumah dikoyaknyalah semua surat2 pajak gadai, dokumen perkahwinan dan dokumen serta rekod buruk semasa menjadi suami.

Akan tetapi Pak-Atan Raiyat seorang yang sangat cool, dan tugas pertamanya ialah untuk menghilangkan derita isteri barunya DarulEh-San. Maka disediakanlah air bersih percuma, dilupuskan hutang atas nama isterinya, dibelinya baju, diperbaikinya prasarana rumah. Mana2 binatang ternak seperti ayam, malah babi orang2 kampung yang berkeliaran diletakkan disatu tempat yang elok.

Dalam masa sebulan terserlahlah kecantikan serta keayuan DArulEh-San, dan semakin sayanglah DArulEh-San kepada Pak-Atan. Sehari demi sehari semakin jealous dan menyesallah KirYOto-San kerana melepaskan serta mengabaikan isterinya.

Setiap hari akan bertempiklah KirYoto-San dirumah bekas isteri dan suami barunya dengan katanya “Hei… Pak-Atan, Ingat Jaga DarulEh-San. Ingat, dia bekas isteri Aku jika dia merana, nahas kau aku kerjakan”. Orang kampung serta Pak-Atan tidak ambil endah malah tersenyum sinis…. dengan pe’el KirYoto-San ni.

Setiap hari ada saja perkara yang dilakukan oleh KirYoto-San untuk mendapatkan semula DarulEh-San. Berbagai cara, dan fitnah ditabur pada orang kampung untuk memastikan Pak-Atan & DArulEh-San bercerai. Kadang-kadang KhirToyo-San mengarahkan saki baki Geng Biru SiPekak Badak untuk berdemo dirumah DarulEh-San dengan Sepanduk “TOLONG JAGA DARULEH-SAN, JIKA TAK NAHAS PAK-ATAN”

Disamping itu KirYoto-San juga cuba untuk membersihkan imejnya kononya seorang yang bertangungjawab, seperti menulis blog dengan tajuk “Wadah Perjuangan”. Semua orang kampung tahu; dahulu penulis blog ini diberi berbagai gelaran oleh KirYoto-San. Ada yang mengatakan penulis blog seperti Goblog, ORang tak de kerja, Penulis Murahan dsbnya. Namun sekarang dengan muka tak malu, KirYOto-San juga turut menyertai kumpulan2 goblok2 ini dan ternyata sekarang beliau seorang PURE GOBLOK. Sekali lagi Pak-Atan dan orang kampung tersenyum.

Tidak cukup dengan itu kadang2 KirYoto-San bercakap sebagai Aktivis Sosial dikedai2 kopi bersama seorang Ahli Reject Biru Geng Pekak Badak, Mamak Deh-San menyatakan betapa Kumpulan Geng Biru Pekak Badak harus melakukan islah, muhasabah diri, bla..bla dsb agar lebih relevan dimata penduduk kampung. Sekali lagi Pak-Atan dan orang kampung tersenyum kambing.

Ternyata semua itu tidak diambil pusing oleh Pak-Atan Raiyat tetapi terus menjalankan tanggungjawab terhadap isterinya DArulEh-San yang semakin cun & meletup2. Ternyata DarulEh-San amat menyayangi Pak-Atan Raiyat.

Maka semakin hari semakin gelisah lah tidur KirYoto sambil meracau “DArulEh-San…. DarulEh-San…. Datanglah padaku. Aku akan jagamu lebih baik”

Ini kah yang dinamakan “GILA TALAK? ATAU GILA TERTOLAK….??

Wallah’hualam

p/s Cerita ini hanya rekaan tiada kena mengena dengan yang mati, mungkin ada kena dengan yang hidup…

Luahan Pandangan daripada Zulhimi Abd. Rahman Attakiri

No comments: