Jelas apabila Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan begitu angkuh mahu meneruskan juga Forum Memeluk Islam walaupun sebelum itu telah dinasihatkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya forum itu dibatalkan.
Sungguhpun ianya dihentikan setelah berlaku kekecohan, ia menampakkan Ambiga dengan wajah degilnya dan tidak berpuas hati dan tergamak mengumumkan bahawa forum itu akan diadakan di masa akan datang, menunjukkan Ambiga memang angkuh dan besar kepala. Ia juga menunjukkan beliau memang berdendam, terus mahu membangkitkan isu yang jelas nyata tidak disenangi seluruh orang Islam.
Sentimen yang bukan sahaja cuba mengeruhkan perpaduan kaum di negara ini sewajarnyalah dikenakan tindakan walaupun tidak ke paras ISA, tetapi kerajaan wajar menggunakan akta hasutan sebagai langkah awal supaya perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada perpaduan kaum di negara ini disedari ramai.
Memang tepat sekali tempelak Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang bahawa Majlis Peguam yang dipimpin Ambiga itu bersifat degil, angkuh dan penuh ego dan turut mendedahkan ada di antara peguam bukan Islam yang tidak setuju forum seumpama itu diteruskan.
Dengan bersikap meneruskan juga forum itu setelah mendapat bantahan banyak pihak, Ambiga sebenarnya sedang menyendal ujiannya setakat mana orang Islam mahu menentangnya. Setelah terbukti ia ia menimbulkan satu keadaan kecoh yang serius, barulah beliau menghentikan fourm itu yang bagaikan terpaksa. Melihatkan wajahnya yang seolah-olah tidak mahu berganjak daripada keputusannya, Ambiga fikir dengan mengetuai Majlis Peguam itu, beliau boleh melakukan apa saja beliau suka.
Sekiranya Ambiga tidak diambil sebarang tindakan, perkara ini tidak akan tamat di sini. Ambiga akan pasti membuat gempar lagi dengan menjemput tetamu dari luar negara dan kemudian dihalang, ia akan menerbitkan isu baru pula bahawa kerajaan Malaysia tidak liberal dan ia dengan sendirinya membuka ruang untuk dunia luar megecam negara kita. Di situlah niat jahat Ambiga sebenarnya kerana beliau sendiri sedar perkara yang hendak dibincang dan di ketengahkan itu adalah tidak wajar dilakukan.
Kalau hendak mengutip komen, semua pihak sudah membuat komen. Dan sekarang hanya terserah kepada Menteri Dalam Negeri sahaja untuk membuktikan beliau sendiri kena peka dan pantas menegeluarkan arahan supaya Ambiga diambil tindakan.
Bukanlah tulisan ini untuk mencabar mana-mana pihak, tetapi ia sudah terang-terang bahawa tindakan Majlis Peguam itu telah mengosakkan keharmonian kaum di negara ini yang bebas mengamalkan agama masing-masing berseuaian dengan berpegang kepada menerima hakikat perlembagaan persekutuan memaktupkan negara ini adalah negara Islam dan landasannya tidak perlu lagi dipersoalkan.
Hak Melayu Islam negara ini adalah perkara paling utama dihormati oleh pengantut agama lain supaya sama-sama menjaga kepentingan masing-masing. Memang tepat sekali mana-mana pihak atau individu yang cuba membangkit dan mengungkit sentimen agama boleh disifatkan sudah melanggar etika dan peraturan keluhuran perlembagaan kebangsaan.
Inikan pula ia sudah membuktikan telah menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak termasuk kerajaan, pertubuhan Melayu dan pertubuhan Islam serta individu Islam yang memang marah dan tidak rela agama Islam dihina oleh mana-mana kumpulan yang cuba mengungkit perkara yang memang nyata memberi kesan buruk dan boleh mencetuskan ke paras paling maksimum ke pertumpahan darah.
Maka tindakan terhadap Ambiga adalah perlu dan wajar sebagai satu pengajaran kepada generasi yang tidak tahu berterima kasih dan menghormati keluhuran perlembagaan kebangsaan kita. Sifat yang nyata memberi erti bahawa beliau bersama Majlis Peguam adalah satu badan anti Islam. Ini pasti.
Tuesday, August 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment