Monday, August 11, 2008
Forum Memeluk Islam Mencabar Perlembagaan
Forum Memeluk Islam Mencabar Perlembagaan
Pada 9 Ogos 2008 (Sabtu) ini, Majlis Peguam akan menganjurkan satu forum "Memeluk Islam". Antara lain forum ini akan membincangkan perkara yang sudah termaktub dalam Artikel 121 (A) malah secara tidak langsung ianya seolah mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Ragunath Kesavan (Naib Presiden Majlis Peguam) menyatakan forum tersebut akan diteruskan seperti yang dijadualkan. Pada 9 Disember 2007, Majlis Peguam pernah menganjurkan satu perarakan di atas jalan raya untuk memprotes persoalan hak asasi di Sogo, Kuala Lumpur. Sebelum itu pada 23 September 2007, Majlis Peguam pernah membuat satu perarakan di Putrajaya. Inikah kerja Majlis Peguam?
Mengapa Majlis Peguam mahu meneruskan juga forum “Memeluk Islam” pada 9 Ogos ini? Amat malang sekali, sebagai pengamal undang-undang, Majlis Peguam sendiri tidak menghormati undang-undang yang sedia ada apabila tetap meneruskan juga forum “Memeluk Islam” pada 9 Ogos 2007. Apa motif sebenarnya forum “Memeluk Islam” yang hendak dibuat oleh Majlis Peguam?
Sebelum ini Majlis Peguam pernah menganjurkan satu forum mempertikaikan hak hak orang Melayu. Kini pertikaikan pula agama. Forum forum berterusan ini melambangkan Majlis Peguam bukan lagi bertindak sebagai pengamal undang-undang tetapi lebih kepada task force politik semata mata. Mereka pertikaikan orang Melayu sebut Ketuanan Melayu sebagai perkauman, tidakkah tindakan menganjurkan forum sebegini lebih racist dan perkauman?
Tidak menggemparkan semua jika Annual General Meeting (AGM) Majlis Peguam yang lepas hanya dihadiri oleh segelintir sahaja ahli Majlis Peguam. Apakah demokrasi juga diamalkan dengan baik dalam Majlis Peguam sendiri, kalau mereka yang dipilih dalam Majlis Peguam sendiri tidak disukai oleh majoriti peguam yang lain? Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR) dan Latheefa Koya (Ahli Majlis Tertinggi PKR) adalah dua orang ahli Majlis Peguam. Semasa demonstrasi pada 9 Disember, mereka terlibat sama. Adakah mereka terlibat sama dalam forum ini?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment