Tuesday, August 12, 2008

ISA ke atas Majlis Peguam

Polis perlu menjalankan kajian terperinci sebelum menguatkuasakan Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Majlis Peguam yang menganjurkan forum bertajuk Memeluk Islam sehingga mencetuskan kekecohan kelmarin.Pihak polis tidak perlu menkaji lagi kerana ianya memakan masa yang lama dan akhirnya hasil kajaian berkenaan akan lenyap begitu sahaja. Itulah sebab nya banyak pihak yang kini seolah-olah tidak lagi menghormati undang-undang negara kerana pihak polis Malaysia terlalu lembut menangani isu-isu sebegin bagi menjaga sensitiviti rakyat.

polis jua perlu memikirkan akibat terhadap rakyat yang daif yang akan menanggung akibat dari tindakan mereka yang melanggar undang-undang negara, Negara menjadi tiidak tenteram yang mengakibat perasaan takut rakyat untuk bergerak bebas mencari rezeki dengan aman. Keamanan negara perlu dikembalikan segera.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi di sini hari ini berkata, beliau tidak dapat memberi komen lanjut mengenainya kerana masih dalam kajian."Kita masih siasat kes kekecohan itu dan dalam kajian tindakan yang akan diambil."Saya tidak boleh beri maklumat perkembangannya. Kita akan panggil pihak terlibat (Majlis Peguam) dulu," katanya.Pihak polis sepatutnya telah boleh membuat siasatan tanpa memanggil pihak terlibat kerana padfa kejadian itu.

No comments: