Thursday, September 18, 2008

Jawatan Kosong - Dikehendaki Segera

jawatan kosong.... dikehendaki segera!!!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

MPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA
Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik,
hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan
menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada
orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam
kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang- orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang
muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di
kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya
dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan
diletakkan di hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari
arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa
berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah
kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari
arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan
matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu:

Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa
bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata
mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat:
Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang
kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata
mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw
itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan
dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka
baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi
kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian
dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki)!
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. All da best untuk temuduga ini

No comments: