Consumer Complains Paying RM7 For A Bowl Of Rice Porridge GUA MUSANG, Sept 4 (Bernama)
A consumer complained of having to pay RM7 for a bowl of rice porridge with some dried fish, bean sprouts and kangkung (a kind of leafy vegetable) at a food shop here. "Even the 'nasi beriani gam' with mutton in Kuala Lumpur is only RM6.90."
Abdullah Sani, an employee in a private sector, told Bernama Thursday. Normally, a bowl of rice porridge with some dried fish and vegetables is only RM2.50. Abdullah said he went to the shop to break his fast on Monday during a trip home to Kota Baharu from Kuala Lumpur.
Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry's director in Kelantan, Halim Abdul Rahman, said the office would check on the matter and, if the allegation was true, would advise the trader. He also advised consumers against patronising food outlets which did not display prices.
-- BERNAMA
Kalau di atas cerita pasal bubur, di sini pulak pasal sekeping murtabak sebesar tapak tangan. Harganya RM3. Kecil dan nipis. Rupanya lebih kurang macam roti telor. Mertabak nie dijual di pasar ramadhan kelana jaya.
Di bulan ramadhan yang mulia ini, ramai yang berniaga terutama sekali juadah makanan untuk berbuka puasa. Tetapi, sudah menjadi satu trend di mana, harga juadah meningkat melambung sekali. Kerana apa? Adakah untuk hendak mengaut untung lumayan dalam bulan ramadhan supaya boleh beraya dengan sakannya? Atau adakah tujuan hendak polon keuntungan seberapa yang boleh walaupun lauk pauk atau kuih muih tidak sehebat harganya? Apa guna kita berpuasa tetapi melayan nafsu rohani dan menjual dengan harga yang tidak berpatutan.
Ada peniaga-peniaga yang asyik dan lalai dengan jualan mereka sehingga solat tidak ditunaikan di kala sibuk menyediakan persiapan untuk di jual. Peniaga-peniaga sudah mula mengambil tempat mereka seawal waktu zohor sehinggalah azan berkumandang tanda waktu berbuka. Walhal mesjid hanya sejengkal dari tapak perniagaan mereka. Mereka masih sibuk di tapak-tapak perniagaan mereka.
Di kala segolongan orang-orang islam menunaikan solat di mesjid-mesjid atau di surau-surau, sebahagian peniaga-peniaga islam asyik sibuk mengumpul wang untuk beraya.
Sejauh mana wang ringgit boleh membawa kita jika amalan-amalan fardhu lagi wajib diabaikan? Di bulan yang mulia ini, sepatutnya umat islam lebih mencari nilai untuk dibekalkan ke akhirat daripada asyik dengan jualan-jualan yang tinggi melambung harganya. Ini sudah tentu merugikan peluang untuk mengaut pahala dan akhirnya menambahkan dosa-dosa percuma.
Kita masih belum terlewat untuk menjauhkan segala tabiat buruk dan berperang dengan nafsu jahat kita agar dapat manfaat di bulan yang mulia ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment