Friday, August 15, 2008

KHASIAT PELUK ISTERI

KHASIAT PELUK ISTERI


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat
setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, " Fakta
berdasarkan
kajian oleh seorang pakar di Jerman
mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan,
seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya
setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia
mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk
kesihatan
tubuh.

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut
terletak di tangan Allah", katanya ketika memberi syarahan bertajuk
Perkahwinan dan Seks : Penawar dan Rawatan bagi Banyak Penyakit di
Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perpektif Islam anjuran Pusat
Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang baru-baru ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak
sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain
mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan,
pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri . Juga merupakan sunah
Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS)
juga
mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolestrol dan
meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu, suami yang inginkan isterinya sihat & menurunkan berat badan
digalakkan peluk isterinya lebih kerap," katanya disambut dengan gelak
ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet muda dan berterampilan menarik. "Wanita
yang
mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung
untuk
menghiasi diri," kata Fadzilah.

Cuba-cubalah yaa.

No comments: